Header Ads

Bagaimana Amalan Ergonomik Di Tempat Kerja Memberi Kesan Terhadap Kesihatan Manusia


Bagaimana Amalan Ergonomik Di Tempat Kerja Memberi Kesan Terhadap Kesihatan Manusia | Duduk dikerusi dan menyelesaikan tugasan selama lebih 8 jam sehari bahkan ada yang menjangkau sehingga 10 - 12 jam duduk dikerusi pejabat untuk menyelesaikan tugasan sudah tentunya memberi kesan kepada postur badan manusia. Ianya juga adalah rutin kerja setiap hari dihadapi oleh golongan bekerja 'Office Hours'.


Tetapi sedarkah kita bahawa duduk berjam-jam dikerusi akan memberikan kesan kepada kesihatan dan postur badan sekiranya kondisi penggunaan komputer, kerusi dan meja yang dibekalkan oleh majikan tidak bersesuaian dan boleh menjejaskan kesihatan kita?




Penggunaan komputer dan teknologi pesat berubah di tempat kerja moden telah meningkatkan keperluan untuk ergonomik. Meja, kerusi, monitor, papan kekunci dan pencahayaan semua perlu ditaksir ketika membuat tugasan di ruang kerja, sama ada di pejabat atau di rumah.

Pastinya masih ramai yang tidak mengetahui tentang pentingnya Amalan Ergonomik Di Tempat kerja mahupun dirumah. Ergonomik atau dalam bahasa Inggeris 'Ergonomic' adalah sesuatu yang mungkin baru bagi rakyat Malaysia tetapi tidak negara luar. Bekerja dengan syarikat antarabangsa, amalan ergonomik ini menjadi satu kewajiban setiap majikan menyediakan ruang kerja bukan sahaja selesa malah memastikan kakitangannya bekerja didalam kondisi yang selesa. 


"Ergonomi adalah disiplin saintifik yang berkaitan dengan pemahaman interaksi di antara manusia dan unsur-unsur lain dalam sistem, dan profesion yang menggunakan teori, prinsip, data dan kaedah untuk mereka bentuk untuk mengoptimumkan kesejahteraan manusia dan prestasi keseluruhan sistem." Persatuan Ergonomi Antarabangsa

Entry kali ini Bonda kongsikan keperluan dan kebaikan amalan ergonomik di tempat kerja yang juga boleh dipraktikkan dirumah. Pegalaman bekerja dengan syarikat antarabangsa yang mengamalkan 'Ergonomic at workplace' Bonda terpanggil untuk berkongsi serba sedikit kebaikan dan kepentingan amalan Ergonomik di Tempat Kerja ini. 


Bonda percaya, ketika ini ramai yang mempunyai  satu sudut ruang kerja dirumah masing-masing. Ada yang melakukan tugasan pejabat di rumah atau 'work from home'. Tetapi pernahkah kita terfikir ketika melakukan tugasan pejabat dirumah, kita juga memerlukan sebuah kerusi dan meja kerja yang bersesuaian? 


Biasa kita lihat apabila melakukan tugasan dirumah, kita akan lakukannya di meja makan tanpa sedari ianya mengakibatkan postur badan terkesan dengan hanya duduk dikerusi meja makan yang sudah tentunya tidak sesuai untuk tempoh yang lama. Pada mereka yang mempunyai pengetahuan tentang amalan ergonomik pasti akan membeli kelengkapan seperti meja dan kerusi ergonomik agar selesa ketika melakukan kerja.



Apakah maksud Ergonomik

Istilah 'ergonomik' dan 'faktor manusia' boleh digunakan secara bergantian, walaupun 'ergonomik' sering digunakan berkaitan dengan aspek fizikal alam sekitar, seperti stesen kerja dan panel kawalan, manakala 'faktor manusia' sering digunakan berhubung dengan sistem yang lebih luas di mana orang bekerja. 


Ergonomic is the science of conforming the workplace and all of its elements to the workers - Geotsh,1999

Fikirkan sudut monitor komputer anda, atau ketinggian meja anda. Fikirkan sama ada mata anda tegang pada akhir hari atau jika pergelangan tangan anda tercedera dari menaip. Pemahaman yang mendalam tentang ergonomik dapat menghalang kecederaan di tempat kerja dengan menyesuaikan alat kepada pengguna, memberikan penekanan pada postur yang tepat untuk mengurangkan kesan pergerakan berulang.



Apakah Amalan Ergonomik di Tempat Kerja


Ergonomik tempat kerja adalah sains merancang tempat kerja, dengan mengingati keupayaan dan batasan pekerja. Proses penambahbaikan ergonomik tempat kerja menghilangkan faktor risiko yang membawa kepada kecederaan muskuloskeletal dan membolehkan peningkatan prestasi dan produktiviti manusia.



Apakah tujuan Ergonomik dilaksana di tempat kerja

Ergonomik bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti dan mengurangkan ketidakselesaan. Aplikasi sains kemanusiaan dan sains kejuruteraan tempat kerja supaya pekerja memperolehi kepuasan semaksimanya kepada pekerjaan tersebut. Ianya bersesuaian dengan anatomi manusia.



Mengapa Amalan Ergonomik penting 


Tahukah anda? Walaupun ketika bekerja, kelihatan tiada risiko yang boleh buat anda cedera, anda tetap terancam dengan potensi untuk mendapat sakit jangka masa panjang jika tidak beri perhatian kepada ergonomik di tempat kerja. Pernahkah anda terfikir tentang keselamatan dan kesihatan sewaktu bekerja?

Ergonomik adalah semakan berkenaan sejauh mana tugasan anda boleh diselesaikan tanpa memberi beban kepada badan anda dan tidak merisiko kesihatan jangka masa panjang.

Kesan tidak mempedulikan Ergonomik di Tempat Kerja ini termasuklah kecederaan akut (tiba-tiba) atau dalam jangka masa panjang. - Dr Khairullina Khalid, Pakar Perubatan Sukan dan Senaman, Jabatan Ortopedik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) via Berita Harian


Contoh Amalan Ergonomik di Tempat Kerja










Gambar : Google

22 comments:

  1. Biasa orang kerja IT, kerja ngadap pc ni yang salu sakit belakang. Hati-hati la korang, jaga postur tu bebaik naa. Tq sis for untuk artikel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu..bukan sahaja org IT, siapa saja yang bekerja dengan komputer kena amalkan ergonomik ni untuk menjaga kesihatan

      Delete
  2. dulu saya selalu duduk lama untuk bekerja sampai sakit belakang dan pinggang... sejak 2 tahun lalu saya cuba standing desk dan bertukar2 posisi diantara duduk dan berdiri ketika bekerja.. alhamdulillah postur semakin baik serta sakit pinggang dan elok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa betul tu FM...posisi waktu melakukan kerja-kerja tu kena berubah-rubah untuk keselesaan

      Delete
  3. Sangat-sangat penting ilmu sebegini, ramai masyarakat kita kurang peka. Semoga kepekaan rakyat Malaysia mush better next time . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa Naim..masih ramai lagi yg belum mengetahuinya

      Delete
  4. very good info ni. seriously tak pernah tau dan tak pernah terfikir pun. Dulu kerja admin memang hari-hari mengadap pc. every company should know this.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betultu iza...seharusnya setiap syarikat mengamalkan ergonomik ini..

      Delete
  5. bagus info bonde..walaupun selalu online laptop kat rumah, penting juga ni!

    ReplyDelete
  6. penting sebenarnya kalau penggunaan peralatan ergonomik terutama jika kita bekerja untuk masa yang lama..utk kita elakkan rss ...terutaam kerusi dan pengcahayaan

    ReplyDelete
  7. Agree with you. Ergonomics perlu diamalkan. Especially if menghadap PC half of the day. Thank you for sharing this info and tips.

    ReplyDelete
  8. Penting ergonomik ni.. Kalau tak mcm sy lah, belum 30 dah sakit belakang, sakit bdn.. Posture tu penting sgt2 kan?

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya cara duduk mcm ni bukan dekat tempat kerja je, tapi semua tempat. Duduk mcm ni beri kebaikan pada tulang..tapi tu al kadang terduduk bongkok juga

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing such an informative post! Will help me so much in my posture~ thank you so much!

    ReplyDelete
  11. tahu sangat benda ni tapi susah juga nak amalkan ya. kalau dah dibiasakan kan. tapi kenalah cuba juga, untuk kesihatan

    ReplyDelete
  12. Pernah belajar jugak tentang ergonomik ni di beberapa tempat. Sememamngnya sangat penting untuk menjaga kesihatan apabila di tempat kerja. terima kasih berkongsi ya.

    ReplyDelete
  13. Info baru. Saya kerja dari rumah menghadap laptop. Dan ye mmg bertukar tempat tapi tak pernah terfikir bab ergonomic ni. Nnt boleh ubah susunan dan mulakan budaya ergonomic

    ReplyDelete
  14. Tu la saya pun pernah kerja office hours macam ni. Lenguh bahu saya dibuatnya. Statik camtu lagi meletihkan. Pentingnya ada kerusi yg ada ciri2 ergonomik ni. Elok la kita jaga postur kita sama.

    ReplyDelete
  15. baru tau term ni. info baru juga buat saya. yg best tu duduk ngadap laptpo terkena sendiri x betul postur hehe

    ReplyDelete
  16. yea.. betul tu.. postur duduk semasa bekerja tu penting.. untuk mengelakkan masalah kesihatan yang lain seperti sakit belakang dan sebagainya.. ada orang ambil remeh benda ni tapi kalau dibiasakan.. boleh memudaratkan

    ReplyDelete
  17. Pernah kerja pejabat dulu dan memang sakit pinggang dibuatnya. Best kalau pihak syarikat sediakan meja dan kerusi yang support postur duduk yang baik. Kalau Qiss selalunya akan bangun setiap 45minit. Bagi segar badan ni

    ReplyDelete
  18. alamak. kalau kat ofis mungkin lah sebab meja tu dah design begitu, kalau kat rumah contohnya sekarang posture adalah membongkok memandangkan kita riba laptop kat kaki. huhu.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.