Header Ads

Musibah Orang Lain Bukanlah Bahan Jenaka





Musibah Orang Lain Bukanlah Bahan Untuk Dijenakan | Rasanya seluruh Malaysia tahu tentang musibah yang menimpa pemandu Myvi ini. Kejadian yang baru saja berlaku.


Pada malam kejadian, Bonda juga sepatutnya melalui jalan yang sama ketika pulang dari pusat bandaraya. Tetapi Bonda mengubah haluan melalui jalan lain untuk pulang kerumah.



Bayangkan sekiranya kereta kita yang berada dijalan dan waktu yang sama. Apakah perasaan kita sekiranya musibah yang menimpa dijadikan bahan jenaka oleh netizen? Bukan sahaja Myvi yang boleh berada didalam lubang berkenaan, semua jenis kereta boleh berada didalam lubang itu bahkan boleh tenggelam terus dengan izin yang maha kuasa.

Hanya kerana sentimen Myvi 'semuanya boleh'. Saudara / saudari, Musibah orang lain bukanlah bahan jenaka kita. Itu kita kena betul-betul faham.

Wajarkah kita memperlekehkan kejadian yang menimpa orang lain? Bagaimana sekiranya kita atau ahli keluarga kita atau rakan-rakan kita berada di dalam situasi itu?




Sekiranya kita tidak mampu membantu secara fizikal, bantulah dengan doa yang baik-baik. Pemandu Myvi tersebut tidak meminta untuk 'terjun' didalam lubang itu. Dan Bonda percaya, ianya bukanlah atas kesilapan pemandu berkenaan. Ianya adalah kesilapan orang lain yang culas dalam menjalankan tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan dan takdirnya Myvi tersebut lalu dijalan berkenaan. Subhanallah. 

Kita semua tahu, setiap perbuatan yang kita lakukan dimuka bumi ini baik sebesar zarah pasti ada balasannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia kan melihat (balasan)nya pula". (Surah al-Zalzalah 99:7-8)



Hari ini kita mentertawakan orang lain yang ditimpa musibah, esok lusa orang pula akan mentertawakan kita. Hidup ini ibarat sebuah roda. Jangan fikir kita akan sentiasa selamat dari mendapat musibah.

Jagalah adab dan tutur kata kita agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak. Kerana, musibah orang lain bukanlah bahan jenaka yang patut kita canang seluruh alam.


Netizen hilang rasa emphaty dan sensitif

Apa itu 'emphaty?' ianya bermaksud "the ability to understand and share the feelings of another." Dalam bahasa mudah untuk difahami, memahami situasi orang lain. Ianya tidak memerlukan sesuatu bayaran untuk memahami keadaan orang lain. Cukup mempunyai hati nurani yang baik dan peduli apabila orang lain ditimpa musibah. 

Sila kongsikan artikel ini untuk kesedaran kita bersama.





4 comments:

  1. yup betul, sepatutnya kita sebagai rakyat malaysia, kena ada rasa simpati, bukan boleh jadikan kes ni bahan jenaka, cuba kalau jadi dekat famili sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Za....Bonda sangat tidak faham kenapa netizen perlu jenakakan musibah yang menimpa pd orang lain...langsung xde emphaty

      Delete
  2. uncle setuju sangat... banyak komen yang tak berkaitan pon ada....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Uncle Gedek...iyaa benar sangat...bukan susah kalo just say semoga semuanya selamat...instead of ketawakan kn org dlm musibah kan...

      Delete

Powered by Blogger.