Header Ads

Pentingnya Memberikan 'Self Reward' Untuk Diri Sendiri


Bagaimana anda memberikan penghargaan pada diri anda sendiri? Bagaimana anda menghargai penat lelah anda selama ini bekerja untuk kelangsungan hidup? Mengapa pentingnya memberikan 'self reward' untuk diri sendiri?



Memberi 'self reward' kepada diri kita adalah sesuatu yang tidak ternilai sebenarnya. Bonda percaya, ramai yang melakukan ini pada diri anda sendiri. Tidak salahpun untuk memberikan 'self reward' pada diri kita sendirikan. Jika orang lain kita berikan penghargaan sempena hari istimewa, kenapa kita tidak berikan self reward untuk diri kita sendiri yang telah berpenat lelah bekerja mencari rezeki. Self reward diri sendiri setelah penat bekerja adalah satu terapi diri sebenarnya.


Bagaimana cara untuk self reward diri sendiri?

Macam-macam cara untuk kita beri penghargaan pada diri sendiri setelah penat bekerja dari tahun ke tahun. Reward diri sendiri ni lebih kepada menghargai diri kita yang telah berjaya mengharungi perlbagai rintangan kehidupan. Mungkin berbeza bagi setiap orang cara untuk mereward diri sendiri. 

Ada yang berkata, 'dah lama kerja, penat kerja apa salahnya beli sesuatu untuk diri sendirikan'. Ini tidaklah bermakna kita menghabiskan seluruh simpanan atau wang gaji untuk membeli sesuatu bagi kepuasan diri. Ada yang pergi bercuti, membeli jam, membeli kereta, membeli rumah, membeli emas, membeli telefon, membeli kasut, membeli beg tangan atau apa sahaja bentuk barangan yang memberi kepuasan pada diri. Apabila melihat sahaja barangan tersebut pasti akan datang dalam diri, inilah hasil titik peluh aku selama ini.

Ramai yang menginginkan sesuatu didalam kehidupan mereka. Impian atau apa saja yang memberikan kepuasan dalam hidup dengan hasil titik peluh sendiri. Bonda juga sama seperti anda adakala ingin memberi self reward pada diri sendiri setelah penat bekerja. 


Tahukah anda mengapa penting untuk memberikan reward pada diri sendiri?

  • Kerana sebagai tanda 'syukur' terhadap rezeki yang telah Allah berikan.
  • Kerana ianya sebagai 'hadiah' terhadap usaha anda selama ini.
  • Kerana anda 'mencintai' diri dan kehidupan anda.
  • Kerana anda 'berhak menikmati' penghasilan anda selama ini.
  • Kerana ianya sebagai 'motivasi diri' agar anda berusaha dengan lebih baik untuk masa hadapan.
  • Kerana ianya sebagai 'terapi diri' dalam menghilangkan stress dan tekanan kerja anda.


Self reward adalah terapi diri untuk seseorang meleraikan tekanan setelah penat bekerja. Anda pasti akan lebih bersemangat setelah memanjakan diri dan memulakan aktiviti kehidupan dengan pemikiran yang lebih segar. Sudah pastinya aura positif dilahirkan dan segalanya akan terasa lebih mudah apabila kita menghargai diri sendiri. Cintailah diri kita dengan perkara yang membuatkan kita bahagia. 


MyDigi Reward E-Voucher Tawarkan Rebat Sehingga RM720 untuk pilihan telefon pintar impian anda




Baru-baru ini Bonda mendapat E-Voucher dari Digi yang boleh digunakan untuk mendapatkan telefon pintar percuma malah dengan MyDigi Reward E-Voucher ini, Bonda mendapat rebat sehingga RM720 iaitu potongan bill selama 24 bulan. Jadi jimat lah disitukan.

Untuk tahun ini Bonda memilih I-phone 7plus sebagai reward untuk diri sendiri. Haaaa sekali lagi kita kenalah mengukur kemampuan diri untuk mendapatkan reward ni yaa..jangan laa pula membeli barangan yang kita tidak mampu.

[Baca: Syarikat Telco Berlumba Promosi i-Phone 11]

Walaupun i-phone 7plus ini sudah lapuk dan sekarang i-phone 11 dipasaran, Bonda memilih ianya sebagai keperluan dan bukanlah kehendak. Jadilahkan untuk gantikan i-phone 6plus yang dah berpuluh kali jatuh tu..Yang penting, setiap bulan Bonda membayar bill telefon dengan harga berpatutan.

Dengan Digi anda boleh memilih apa jua jenis telefon pintar kegemaran anda. Syarat untuk mendapatkan telefon tanpa 'upfront payment' ini, anda mestilah membayar bill telefon anda menggunakan kad kredit.

Mujur ada kad kredit yang tidak seberapa. Hehehe...bolehlah Bonda gunakan untuk mendapatkan telefon tanpa membayar wang deposit. Untuk keterangan lebih lanjut boleh pergi kemana-mana wakil Digi. Percayalah, pakej yang ditawarkan sangat berbaloi.

[Baca : Pengguna i-phone Kini Boleh Menonton Filem Di Apple TV Secara Percuma]


Emas sebagai reward diri


Barangan lain yang Bonda suka beli sebagai self reward diri sendiri adalah emas. Wanita dan emas sememangnya tidak boleh dipisahkan. Begitu juga Bonda. Setiap tahun, pasti Bonda membeli paling tidak satu item brangan emas. 

Ramai yang kata nak beli emas perlukan duit yang banyak sebab kena keluar sekaligus! Tidak semestinya begitu. Pernah dengan tentang kutu emas? Bonda mengumpul emas juga melalui kutu emas. Yang ni nanti akan Bonda kongsikan dalam entry yang akan datang.

Anda semua sudah boleh memikirkan apakah barangan yang akan anda rewardkan kepada diri sendiri. Jangan berkira dan kedekut dengan diri kita. Kita seringkali membeli hadiah untuk orang lain, tetapi kita kadangkala lupa pada diri kita sendiri yang berusaha dalam meneruskan kehidupan. Jadi, reward diri sendiri sebagai terapi diri anda.

1 comment:

  1. penting ni reward diri tau.
    now, aida hanya reward diri benda yg murah2 jer lah hi hi hi...
    ada keperluan lain yg lebih penting.
    dikira-kira, 2-3 thn lagi dpt la reward diri dgn benda yg lebih mahal :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.