Header Ads

Service Kenderaan di Extreme Auto Service Seksyen 15 Shah Alam




Selain membaiki kenderaan Bonda selepas kemalangan bersama KHW Niaga Sdn Bhd di Senawang Negeri Sebilan Bonda juga sering berkunjung ke Bengkal Extreme Auto Service yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam untuk membuat service kenderaan Bonda.

Kalau nak tahu, Bonda ni seorang yang amat cerewet apabila berkaitan dengan kereta Bonda ni. Bonda juga tidak menghantar kereta ke sebarang bengkel sama ada hanya untuk service tukar minyak enjin sahaja.



Pengalaman lalu menjadi pengajaran

Bonda pernah melalui pengalaman menghantar kereta untuk ditukar minyak enjin tetapi mekanik yang membuat kerja-kerja itu telah memasangan filter minyak enjin 'tersenget' menyebabkan minyak enjin yang baru ditukar telah keluar ketika enjin bergerak. Kesan daripada itu, minyak enjin telah kering dan enjin kereta telah rosak. 

Ketika itu Bonda harus mengeluarkan belanja yang tinggi untuk menukar enjin yang lain. Kerana inilah Bonda menjadi sangat berhati-hati apabila memilih bengkel untuk membuat servis atau membaiki kerosakan.


Service Kenderaan di Extreme Auto Service



Bonda amat berpuas hati dengan kerja-kerja mekanik disini. Bonda tidak pernah merasa tidak berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Eim, mekanik yang selalu membaiki kereta Bonda. Walau tinggal jauh di Kuala Lumpur, Bonda sanggup untuk ke Seksyen 15 Shah Alam.



Setiap kali kereta bonda mengalami kerosakan, pasti ke begkel ini lah yang akan Bonda kunjungi. Harga disini juga amat-amat berpatutan berbanding beberapa bengkel yang lain yang pernah Bonda dapatkan servis baiki kenderaan. 

Pokoknya Bonda amat berpuas hati dengan hasil kerja mekanik disini. Maklumlah, bukan mudah untuk berdepan dengan pemilik kenderaan yang cerewet seperti Bonda ini.



Anda yang berada disekitar Shah Alam boleh lah datang ke bengkel ini untuk mendapatkan servis mereka. Mempunyai kakitangan yang terlatih dan mahir, hasil yang diberikan amat baik sekali.

Boleh waze Extreme Auto Service untuk datang ke sini. 



No comments

Powered by Blogger.