Header Ads

Suhu Badan Tinggi, Jerry Demam!




Kisah dak Jerry kucing kesayangan keluarga Bonda. Jerry baru berusia 3 bulan. Berketurunan British Short Hair (BSH). Bukan BSH Bantuan Sara Hidup BRIM tu ya...Jangan silap ‘interpret’ lain pula jadinya.

Harini Bonda bawa dak comel Jerry ke Hospital Vetarina Kuala Lumpur gara-gara demam. Nak tahu berapa suhu badan si Jerry ni? 40 darjah Celsius! Suhu yang sangat tinggi bagi kucing yang masih baby lagi ni. Kalau manusiapun 40 darjah Celsius kepanasan badan dh menggigil. Ye tak?




Patutlah sejak semalam dak Jerry ni diam je melepek je. Dah tak aktif macam biasa panjat sana panjat sini. Demam rupanya. Bila angkat badannya lembik je. Mengiaupun tidak. Kalau nak tahu, ini pengalaman pertama Bonda bawak kucing pergi hospital veterina. Sebelum ni bawak kucing ke klinik swasta je. Oleh kerana klinik yang disarankan tutup hari ni, maka gagah menggoogle klinik kerajaan untuk haiwan sekitar Cheras.

Alhamdulillah jumpa akhirnya Hospital Veterina Kuala Lumpur. Sampai je di hospital ni, banyaklah kawan-kawan dak Jerry yang senasib dengan dia... Secara tak langsung Bonda juga dapat kawan baru iaitu mak-mak kucing. Ehhh..taklah...Tuan-tuan kucing.






Demam tinggi

Sampai giliran dak Jerry masuk ke bilik rawatan. Pertama sekali petugas timbang dak Jerry. Berat dia dah capai 1.8kg. Ok cukup berat untuk baby kucing yang baru umor 3 bulan. Macamana tak berat kalo hari-hari makan nasi dan ayam.

Sebenarnya tidak digalakkan bagi kucing spesis ni makan nasi sebab boleh menyebabkan cacing. Bukan tak bagi cookies makanan kucing tu, bagi. Dalam masa sama bagi juga nasi. Hahahaha.. Selepas kena ceramah dengan petugas, terus insaf dan balik cuma bagi ayam rebus je.


Balik pasal suhu tinggi. Petugas gunakan termonitor yang dimasukkan dalam tempat buang najis tu dan suhu tunjuk 40 darjah selsius. Tinggilah kiranya. Kesian dak Jerry. Patutlah lembik dan melepek je dah tak aktif lagi.





Cara kesan kucing ada kutu

Dak Jerry ni bulu dia lebat. Memang susahlah nak detact kalau dia ada kutu. Memang takkan nampak kalau kutu berumah tangga kt badan dia. So, pertugas tu ajar cara nak kesan kucing ada kutu. Mula-mula buka mulut kucing tu luas-luas. Kira ngangakanlah kucing anda tu. Lihat lidah kucing tu. jikalau lidah kucing tu hitam, itu bermakna kutu dah berkampong dekat badan kucing anda.

Kenapa lidah kucing tu boleh bertukar warna jadi hitam? Sebab kucingkan jilat bulu dia. Jadi hama-hama kutu tu melekatlah dekat lidah kucing tu. Eh betul ke?..






Rawatan untuk dak Jerry

Memandangkan Jerry demam, petugas bagi injection ubat demam. Diberikan juga ubat demam jenis pil untuk diberikan selama 3 hari. Harapnya selepas ini dak Jerry sembuhlah macam sediakala. Rindu nak tengok keletah dia yang manja.

Dek kerana dak Jerry ni berkutu, maka kenalah bagi juga ubat kutu untuk hilang kan kutu yang dah berumahtangga tak tahu berapa lama kat badan dak Jerry tu.






Ubat Kutu yang disarankan oleh petugas.


Rawatan yang perlu untuk kucing

Oleh kerana di rumah  Bonda ada 5 ekor kucing, maka kenalah susun jadual untuk bawak pergi rawatan. Untuk kucing yang duduk dalam rumah sahaja macam dak Jerry, dak Jebat, dak Smoky, dak Chichi dan dak Tom ni, vaksin untuk permulaan kena bagi adalah setiap 3 minggu selama 3 bulan dan disambung setiap satu tahun sekali. Kos untuk vaksin terlupa untuk tanya tadi. Nanti kemudian Bonda update semula ya.

Hospital veterina ini menyediakan perkhidmatan bukan sahaja untuk haiwan yang sakit, tetapi disediakan juga rawatan-rawatan ‘prevention’. Sama macam manusia juga, setiap bulan ke hospital buat medical chack up. Begitu jugalah haiwan.



Bil rawatan untuk hari ni hanyalah RM40.00 sahaja. Tersangat murah dan berpatutan. Bolehlah sesiapa yang tinggal sekitar Cheras, Ampang datang kesini untuk rawatan haiwan anda.

6 comments:

  1. Replies
    1. Hehehe...tq ziana...alhamdulillah semakin pulih dak jerry tu

      Delete
  2. Singgah (^^,) Selamat Tengahari.
    Alahaiii kecian kat Jerry. Get well soon Jerry. Sy ada 2 ekor kitten yg sama usia, 3 bulan, sepasang adik beradik, tp kaler fully grey n fully white. Dorang ni dah mix, persian + british short hair. Bulunya byk ikut persian, lebat... Jadi thanks for sharing tips utk check kutu tu (^^,) Sgt bermanfaat.

    Love, SNM

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tghri SMM...terima kasih sudi singgah...mmg seronok main ngn comel2 ni kan...tp bila demam...alahaiii...

      Delete
  3. dulu pernah bela kucing tapi tak pernah tahu pulu pasal kucing demam panas macam mana. yang tau kalau kucing selalu bersin tu maksudnya selsema je. huuhuhuu. apa-apa pun semoga cepat sembuh Jerry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...jerry dh beransur sembuh....senang je nk kenalpasti kucing demam ni Sella...kalo biasa dia aktif, tetiba dia diam jeee...baring jee..makan pn xmau...bila angkat badan dia lembek...+ panas...dia demam lah tu...

      Delete

Powered by Blogger.