Header Ads

Tak Lepas Peluang BILA Dapat Tinted Murah Di Senawang



Tak Lepas Peluang BILA Dapat Tinted Murah Di Senawang | Siapapun tidak akan melepaskan peluang apabila ditawarkan tinted kereta dengan harga yang murah dan berpatutan. Begitu jugalah dengan Bonda.


Dah lama kereta kesayangan tidak dipasangkan tinted baru. Kali terakhir pasang tinted pada tahun 2015 rasanya. Sekarang sudah tahunn 2019. Tintednyapun sudah mula pudar. Cemin depanpun dah tiga empat kali ditukar akibat terlibat dengan kemalangan, tidak kurang juga retak terkena batu. Selalu sahaja kekangan masa untuk kekedai tinted menjadikan asyik tertunda rancangan menukarnya. 

Apabila Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengumumkan peraturan baru pemasangan tinted pada kenderaan, maka banyaklah kedai-kedai tinted menawarkan promosi pemasangan dengan harga murah. Bonda memang tak lepas peluang bila dapat tinted murah di Senawang ni, kenalah cepat rebut peluang takut-takut promosi sekejap sahaja.


Peraturan lama pemasangan tinted kenderaan


Peratuan lama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan arahan pemasangan tinted kenderaan sebelum tahun 2019.

Peraturan baru berkuatkuasa 8 Mei 2019


Penggunaan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had dibenarkan pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan.
Ia bermakna, cermin berkenaan boleh menggunakan lapisan filem atau cermin gelap hitam sepenuhnya, berbanding peraturan sekarang yang menetapkan kadar ketelusan cahaya tampak pada 30 peratus.



Maksud 70%, 30% dan 0% yang ramai masih tidak tahu.

70% bermakna, cermin hadapan kenderaan hanya boleh digelapkan pada kadar 30% sahaja. Ini bermakna cahaya ketelusan kedalam kenderaan adalah sebanyak 70%.

50% bermakna, cermin sisi hadapan kenderaan sebelah pemandu dan sebelah penumpang kiri hanya boleh digelapkan pada kadar 50% sahaja. Ini bermakna ketelusan cahaya kedalam kenderaan adalah sebanyak 50%. Untuk kedua-dua peraturan ini kekal dari peraturan lama. 

Manakala bagi peraturan baru, untuk cermin sisi belakang dan juga cermin belakang kenderaan boleh digelapkan sehingga 0%. Ini bermakna tiada had untuk kadar ketelusan cahaya bagi dua jenis cermin ini.

Haaaaa....berita baik bukan? Rasanya ramai yang menginginkan menggunakan cermin gelap ni. Lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang bahang. Bila lagi nak dapat peluang pasang tinted dengan harga murahkan. Memang tak lepas peluang bila dapat tinted murah di Senawang ni.












Asyik pula memerhati pekerja buat kerja-kerja pemasangan. Untuk pemasangan tinted ni, bonda memilih pada kadar 80% cermin sisi belakang dan belakang. Begini rupanya pemasangan tinted dilakukan.

Dah tak panas lagilah selepas ni. Untuk pemasangan ni, harga yang ditawarkan sekitar RM150.00. Harga yang agak murah untuk pemasangan 8 keping tinted berbanding harga lama sekitar RM300.00. Kira murahlahkan. Dan mungkin rakan-rakan ada yang dapat harga lebih murah. Boleh kongsikan pengalaman diruangan komen ya.

4 comments:

  1. Memang murah sangat tuh. Tinted ni memang elok pasangkan. Nak nak cuaca bahang sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa betu tu mimie...dpt peluang harga murah...jgn tunggu lama2

      Delete
  2. RM150 utk 8....memang murah... kalau dekat, dah terus pergi ni 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa bukan jauh nauuu pn...senawang je pn...lps tu cina tu bg free yg tinted kt cermin depan belah atas tu 8"...

      Delete

Powered by Blogger.