Berkhatan Di Usia Bayi


Berkhatan Di Usia Bayi | Cuti sekolah masih berbaki beberapa hari lagi. Lazimnya waktu cuti sekolah ini akan digunakan oleh ibu bapa mengkhatankan anak-anak mereka. Di media sosial ramai berkongsi pengalaman mengkhatankan anak mereka. Bagi anak-anak yang telah mencecah usia 12 tahun, ianya adalah usia paling akhir untuk berkhatan sebelum masuk ke alam sekolah menengah.


Tetapi, berkhatan di usia bayi amat jarang kita dengar malah sepanjang ini masih lagi Bonda tidak jumpa mana-mana post yang ibu bapa khatankan anak mereka ketika usia bayi. Berkhatan di usia bayi bukanlah tradisi atau kebiasaan bagi masyarakat Melayu di Malaysia. Amat jarang kedengaran masyarakat Melayu kita mengkhatankan anak mereka di usia masih bayi.

Entry kali ini Bonda kongsikan pengamalan sendiri mengkhatankan anakanda tunggal Bonda. Bonda mengkhatan beliau ketiaka beliau berusia empat bulan sekitar tahun 1998 lebih kurang 21 tahun yang lalu. 

Bonda menggunakan khidmat doktor pakar sakit tuan di Hospital Tawakkal Kuala Lumpur. Ketika itu, tidak banyak pakar yang boleh  mengkhatankan bayi. Lupa sudah nama doktor tersebut untuk dikongsikan. Ketika itu, kos berkhatan sekitar RM500.00 memandangkan kami suami isteri mendapatkan khidmat doktor pakar. Maklumlah anak masih bayi. Takut juga jika terjadi perkara yang tidak diingini.

Setelah mendapatkan pandangan dan nasihat, serta doktor tersebut mempunyai pengalaman mengkhatankan bayi, maka kami suami isteri mengambil keputusan untuk mengkhatankan bayi kami. 

Menurut doktor berkenaan, tradisi mengkhatankan anak ketika bayi ini kebiasaannya dilakukan oleh orang Arab. Berbeza dengan masyarakat Melayu kita disini. Amat jarang sekali orang Melayu kita mengkhatankan anak mereka di usia bayi.

Cumanya ketika itu belum wujud lagi media sosial facebook, instagram untuk Bonda kongsikan pengalaman. Zaman tu pun handphone kami yang besar mcm botol air. Handphone pula tidak ada camera, jadi tak adalah gambar ketika operasi khatan dilakukan. Hahahaa...Jenuh pula nak membawa camera yang besar menggunakan filem tukan.

Prosidur berkhatan




Prosidurnya sama sahaja prosidur berkhatan kanak-kanak besar. Bius, kulit yang perlu dibuang, dibelah dan dimasukkan cincin atau klip kemudiannya diikat dengan sejenis tangsi.

Prosidur hanya mengambil masa kurang dari satu jam. Setelah selesai, anakanda dipakaikan pampers seperti biasa.



Cara penjagaan bayi yang berkhatan

Cara penjagaan amat mudah. Oleh kerana beliau baru berusia empat bulan, dan masih belum diberi makanan lain selain bubur dan nestum, maka tidak sukar untuk merawatnya. Setiap kali anakanda kencing atau membuang air besar dan setiap kali tukar pampers, pembersihan dilakukan seperti biasa dan meletakkan ubat penisilin untuk mencegah jangkitan kuman.

Lebih kurang satu minggu cincin yang disarung itu tertanggal dan luka pembedahan semakin membaik dan kesan berkhatan kelihatan sempurna.




Kebaikan berkhatan diusia bayi

Apabila rakan-rakan anakanda berkhatan diusia 12 tahun, dan rakan-rakan bertanya pengalaman masing-masing sakit atau tidak, jawapan anakanda adalah 'entah..tak tahu sakit atau tidak sebab dah khatan masa baby'.

Ya itulah kebaikannya saudara/saudari sekalian. Beliau tidak dapat mengingati rasa sakit kena 'potong' bagaimana. 


Pandangan dan mitos masyarakat Melayu tentang berkhatan semasa bayi

Ada yang mengatakan tidak elok berkhatan diusia bayi. Ada yang berpendapat berkhatan diusia bayi tidak menjalani proses khatan dengan betul dan apabila besar nanti perlu jalani sekali lagi proses khatan kerana tidak betul-betul bersih dibuang kulit yang menyelaputi zakar kanak-kanak itu. Bermacam-macam andaian telah diperkatakan tentang berkhatan diusia bayi. Sejauh manakah kebenaran dakwaan kebanyakkan masyarakat Melayu ini? Agak sukar untuk menukar kebiasaan ini pada masyarakat kita. 

Tradisi masyarakat Melayu kita mengkhatankan anak mereka di usia antara 10 - 12 tahun sebelum memasuki usia sekolah menengah. Ada juga yang mengkhatankan anak-anak mereka dibawah usia tersebut. Tetapi amat jarang yang mengkhatankan anak-anak mereka diusia bayi.

Sebenarnya, tidak ada yang tidak baik atau tidak betul untuk mengkhatankan anak di usia masih bayi. Malah ianya memberi kesenangan kepada ibu bapa untuk menjaga berbanding berkhatan diusia kanak-kanak yang perlu penjagaan rapi untuk mengelakkan jangkitan kuman dan memberi mudharat. 

Alhamdulillah....


Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.


No comments

Powered by Blogger.