Bila Diri Diduakan, Wanita Harus Bijak Berdepan Suami Curang!



Bila Diri Diduakan, Wanita Harus Bijak Berdepan Suami Curang! | Tidak ada mana-mana wanita didunia ini yang sanggup diduakan. Ya memang akan sakit hati apabila dapat tahu suami berlaku curang. Sakit, kecewa, hampa, benci, marah, kesal bercampur baur. Andai anda salah seorang daripada isteri yang diduakan suami disebabkan suami kahwin lagi, maka jangan terburu2 untuk pergi dari kehidupan tersebut...


Jangan lari lagi...

Hidup dulu dalam keadaan macam tu...selagi dia masih boleh bagi sama macam yang dia bagi sebelum ni ataupun tidak, pilihlah untuk kekal bertahan dalam hubungan tu...

Manfaatnya bukan dia yang dapat, tapi awak...

Nak membina kehidupan setelah bercerai tanpa diduga dan tiba-tiba bukannya senang dan mudah seperti yang orang kata...kalau awak tak betul-betul kuat, awak akan tersungkur dan merana...

Ada wanita yang masih bertahan dalam keadaan yang macam ni...diduakan suami, suami kahwin lagi, suami tak adil, suami jarang balik, suami lebihkan yang sana, tapi gelaran dia masih isteri pertama...

Apa yang dia buat? Dia kurangkan kebergantungan dan harapan pada suaminya...dia berdikari, hidup atas kaki sendiri dan dia biar masa yang menentukan segalanya...

Bila sampai masa tersebut, maka Allah lebih mengetahui kenapa dan mengapa ianya terjadi...

Kekuatan dan penerimaan kita terhadap perkara itu tak sama...ada yang boleh angkat kaki terus, ada yang tidak, ada yang perlukan masa...bagi yang tidak, itu bukanlah satu kesalahan, itu pilihan awak sendiri...cuma, jangan pernah berhenti dan putus asa dari mengingatkan si dia untuk berlaku adil dan memperjuangkan apa yang sepatutnya awak dapat dari dirinya...

Selagi masih ada jodoh dengannya, selagi masih bergelar isteri kepadanya dan selagi masih boleh bertahan...

Credit Firdaus Syakirin

No comments

Powered by Blogger.