Dua Juara Gegar Vaganza 2019 Kejutan Yang Tak Disangka



Kalau tiada kejutan yang tak disangka tu, errmm bukanlah namanya Gegar Vaganza kan. Bonda rasa ramai yang meminati rancangan hiburan ini. Bonda juga tidak ketinggalan. Dari episod pertama sehingga episod akhir. Jika terlepas, you tube lah jalan penyelesaiannya.

Seperti yang kita semua sudah ketahui. Kejutan kali ini benar-benar berbeza dari musim-musim sebelumnya. Kejutan itu apabila malam konsert akhir program realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6) mengumumkan dua pesaing terdekat Naqiu dan Hady Mirza adalah juara bersama!

Kedengaran di radio pagi tadi, selepas sahaja habis program satu sidang media diadakan berkenaan kemenangan dua juara itu.

Markah Hady Miza dan Naqiu adalah sama iaitu 87 dan pihak Astro tidak boleh mengubahnya. Atas persetujuan, kemenangan itu milik mereka berdua. - Astro

Sekaligus, musim ini tidak mempunyai naib juara. Yaa itulah kejutan yang membuatkan semua orang tergamam.

Keputusan Gegar Vaganza 2019 

Ini adalah keputusan juara berserta hadiah yang diterima.
  • Juara: Naqiu & Hady Mirza -Hadiah RM100,000
  • Naib Juara: – Hadiah RM
  • Ketiga: Jatt Ali- Hadiah RM30,000
  • Keempat: Nurfatimah – Hadiah RM20,000
  • Kelima: One Nation Emcee – Hadiah RM15,000
  • Keenam: Sham Visa- Hadiah RM10,000

2 comments:

  1. Tak sangka kan dua dua dapat juara. Masa diumumkan tu terkejut jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...tp dua2 mmg hebat...juri pn susah nk bg markah mana yg lbih tinggi...

      Delete

Powered by Blogger.