10 Filem Boxoffice 2019


10 Filem Boxoffice 2019 | 2019 telahpun melabuhkan tirainya. Selamat datang tahun 2020! Berbagi-bagai kenangan pahit manis yang kita semua lalui. Semoga tahun baru ini akan lebih memberikan kebaikan kepada kita semua. 

Sebagai kenangan, jom kita review 10 filem tempatan yang mencatatkan kutipan paling tinggi tahun 2019! 


1. Boboiboy The Movie - RM29.5 juta

Filem animasi yang memecahkan rekod kutipan untuk kutipan tertinggi. Filem ini juga mengatasi jumlah kutipan filem animasi antarabangsa yang pernah ditayangkan diMalaysia. 



2. Ejen Ali The Movie - RM28 juta

Kemuncak filem ini mencetuskan fenomena baru. Ia masih ditayangkan dan kemungkinan kutipannya meningkat lagi terutama apabila mula ditayangkan di 100 pawagam di Indonesia Januari ini.



3. Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal - RM26.2 juta

Satu lagi karya animasi tempatan yang berjaya membawa nama negara sehingga luar negara adalah filem terbitan Les' Copaque Production. Filem ini juga meraih kejayaan apabila merangkul Anugerah Filem Cetera Terbaik dalam Festival Animasi Antarabangsa 2019 yang berlangsung di Montreal, Kanada Setember lalu.



4. Pusaka RM12 juta

Antara filem seram yang mencuri tumpuan ramai. Jalan cerita yang baik di serikan lagi dengan watak-watak lakonan yang hebat.



5. Sangkar - RM12 juta

Filem arahan Kabir Bhatia ini tidak kurang hebatnya sehingga mencipta fenomena dalam kalangan peminat filem tempatan.



6. Misteri Dilaila - RM9.4 juta

Filem lakonan Zul Ariffin bergandingan dengan Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri ini menarik perhatian ramai apabila menampilkan kelainan dengan memiliki dua versi ending berbeza.




7. Bikers Kental 2 - RM7.6 juta

Filem komedi yang menyelitkan elemen permotoran mampu menarik penonton ke pawagam. Dilakonkan oleh Zizan Razak, Dato' Awie, Dato' Afdlin Shauki dan Bront Palarae. 



8. A Journey of Happiness - RM3.5 juta

Filem Kantonis arahan JY Teng ini dibintangi Joyce Cheng, Lo Hoi Pang, Alex Lam, Jerry Lamb ditayangkan di tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Hong Kong.




9. Amazing Spring - RM 3 juta

Filem komedi muzikal Kantonis lakonan Cedric Loo, Sharon Yeung Pan Pan, Law Kar Ying, Jack Lim dan Joey Leong. Diarahakan oleh Nick Wong dan ianya antara filem Kantonis tempatan yang berjaya.




10. Anak Perjanjian Syaitan - RM1.2 juta

Filem seram terus menarik perhatian ramai untuk ke pawagam dan menguji aliran adrenalin penonton. Walaupun tidak menampilkan bintang popular tetapi filem ini membuktikan populariti pelakon bukan segala-galanya. Dilakonkan oleh Chacha Maembong dan Nadzmi Adhwa. 




Inilah senarai 10 Filem Boxoffice 2019 yang berjaya menduduki tangga teratas dalam dunia perfileman Malaysia. Filem berkualiti sepanjang tahun 2019 dihasilkan sekaligus membuktikan industri filem tempatan terus meriah. 


Dunia filem tempatan 2019 ditutup oleh 10 Filem Boxoffice terbaik. Syabas semua team produksi!



Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.










15 comments:

  1. tahniah untuk ejen ali, boboiboy dan upin ipin. filem pilihan sekeluarga ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu membuktikan filem animasi malaysia telah meningkat naik...

      Delete
  2. congrats to all cartoons! they are indeed the best in 2019! saya pun masih tengok

    ReplyDelete
  3. Airah tak sempat nak tonton semua filem di atas sebab dah ada baby kecil ni terhad masa nak menonton di panggung. Rindu pula nak tengok wayang

    ReplyDelete
  4. Memang power bila tengok animasi Malaysia yang dapat kutipan antara yang tertinggi. Saya sendiri tak sempat lagi nak tengok ejen ali

    ReplyDelete
  5. Wah bukan main banyak juga kutipan filem Malaysia ya. Baguslah ada perkembanagan positif utk pawagam kita. Filem Pusaka pun best ye. nak tgk lah nanti. Filem animasi semua dah tgk dan memang bagus.

    ReplyDelete
  6. Banyak jugak yang sis tak tengok lagi ni. Umm nampak gaya tgok kat tv je le nanti. Macam malas nk gi wayang..nanti wayang tgok sis..hehehe

    ReplyDelete
  7. No 4 5 6 8 9 10 je sy tak tengok. Yang no 1 sampai 3 semua dah tengok. Best2 semua. Anak anak pun suka. Yang bikera kental tu teman encik suami oerfi tengok. Dating berdua je

    ReplyDelete
  8. tahniah, memang yang dpat banyak tu best pun filemnya. semoga terus berkarya cerita yang bagus2 dan membangun minda

    ReplyDelete
  9. Tahniah untuk ejen ali dan boboboi. Saya dah tengok movie tu dan memang TERBAIK. Animasi di Malaysia pun dah mula bagus-bagus sekarang.

    ReplyDelete
  10. antara 10 filem yang tersenarai ni, hanya satu sahaja yg saya sempat tonton di wayang, upin ipin tu ;)

    ReplyDelete
  11. alamak. semua filem yang awak senaraikan saya tak tengok. adoi.. boleh tahan juga tahun 2019 ye. ramai ckap ejen ali best

    ReplyDelete
  12. dalam banyak-banyak ni DUA je yang sarah dah tengok. ejen ali, dengan boboiboy hahaha

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak tengok wayang. Dulu rajin pergi tengok... Banyak cerita yg dh miss tengok... Tp smua cerita2 ni belaka2

    ReplyDelete
  14. wow, 3 teratas filem animasi. semoga tahun 2020 ni banyak lagi filem animasi malaysia yang power2 setanding Disney yang ada mesej yang bagus dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.