5 Jenis Perceraian Dalam Islam



5 Jenis Perceraian Dalam Islam | Tidak ada pasangan yang berkahwin menginginkan perceraian berlaku didalam perkawhinan mereka. Tetapi jika itu qadak dan qadar yang telah ditentukan, apalah daya kita sebagai hambaNya yang kerdil untuk menolak semua ketentuan yang maha Esa.


Masih ramai yang tidak mengetahui tentang jenis-jenis perceraian didalam islam. 



Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri)takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. - Al-Baqarah, ayat 229.


5 Jenis Perceraian Dalam Islam

1. Cerai secara Talak

Talak dari segi syarak ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan perkataan jelas atau kinayah (sindiran). Talak dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu;

- Talak Raj'i
Ialah seorang suami yang menceraikan isterinya dan masih boleh rujuk tanpa akad nikah dengan syarat isterinya masih berada alam tempoh iddah.

- Talak Ba'in
>> Talak Ba'in Sughra
    Ialah Talak yang jatuh serta-merta pada masa lafaz talak dilafazkan. Semua hak-hak isteri terputus apabila talak dilafazkan. Sekiranya suami ingin kembali bersama isterinya, suami perlu menikahnya dengan mas kahwin yang baru.

>> Talak Ba'in Kubra
     Ialah talak tiga yang dilafazkan suami yang mana semua perhubungan suami isteri terputus selepas talak dijatuhkan. Suami tidak boleh rujuk melainkan bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain, bersetubuh dengan suami baru dan menceraikannya. Maka barulah suami tadi berkahwin semula dengan bekas isterinya selepas tamat tempoh iddahnya.



2. Cerai secara Fasakh

Fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri selepas diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim).

Fasakh haya boleh dilakukan oleh pihak berkuasa sahaja seperti hakim and kadi apabila terdapat sebab tertentu seperti ketiadaan nafkah isteri selama tempoh tiga bulan, kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati atau salah seorang daripada suami atau isteri murtad.


3. Cerai secara Li'an

Li'an menurut istilah ialah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya berzina. Sumpah diucapkan sebanyak empat kali bahawa tuduhan itu benar dan pada sumpah kelima, dia meminta kutukan Allah SWT sekiranya berdusta.

Li'an biasanya berlaku jika suami menafikan anak yang dikandung isterinya sebagai nasabnya dan mendakwa ia hasil hubungan zina isterinya dengan lelaki lain.


4. Cerai secara Khulu'

Khulu' dari segi bahasa bermaksud menanggal, mencabut atau melepaskan. Takrif khulu' ialah perpisahan antara suami isteri dengan sesuatu gantian (bayaran) yang diberikan oleh isteri kepada suami dengan lafaz talak atau khulu'. Cerai secara Khulu' ini juga dikenali dengan istilah 'tebus talak'.

Perbezaan antara talak biasa dan khulu'ialah talak berlaku dengan kehendak suami manakala khulu' berlaku dengan kemahuan isteri untuk bercerai disertai dengan pampasan.

Oleh itu dia disyariatkan menebus diri daripada suaminya dengan gantian memberi kadar jumlah daripada mas kahwin yang dipersetujui bersama.


5. Cerai secara Taklik

Lafaz cerai dikaitkan dengan suatu janji dibuat suami selepas akad nikah disempurnakan. Ia adalah perceraian kepada sesuatu masa atau perbuatan seperti kata suami kepada isteri "sekiranya kau pergi ke tempat tertentu maka kau tertalak".

Cerai taklik boleh disabitkan apabila berlaku pelanggaran ke atas taklik dan selepas aduan dibuat dan disahkan oleh mahkamah.


Sesudah (diceraikan dua kali), itu jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Al-Baqarah, ayat 229.


Dua jenis Perceraian yang memerlukan pasangan berakad nikah semula iaitu Cerai secara fasakh dan Cerai secara Khulu'.  

Sekiranya pasangan bercerai melalui fasakh atau Khulu', maka perkahwinan itu terputus sama sekali. Ia juga tergolong didalam Talak Ba'in Sughra. Dimana Talak Ba'in Sughra tidak boleh dirujuk sama ada khulu' berlaku sebelum atau selepas persetubuhan kecuali dengan akad dan mas kahwin baharu.

Fasakh tidak mengurangkan bilangan talak dimiliki suami manakalah khulu' mengurangkan jumlah talak.



Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.

2 comments:

  1. terima kasih kongsi. dapat ilmu baru :D

    ReplyDelete
  2. ada bermacam-macam jenis penceraian rupanya bergantung kepada situasi dan keadaan semasa berlaku. apa-apa pun berfikir dahulu sebelum membuat tindakan. jangan sekali-kali terpedaya dengan hasutan nafsu syaitan.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.