Cara Untuk Mendapatkan Rawatan Diklinik Pergigian UiTM Sg Buloh





Cara Untuk Mendapatkan Rawatan Pergigian Diklinik UiTM Sg Buloh | Semenjak entry berkaitan rawatan pergigian dikongsi di blog Bonda Chanteq, Bonda menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana cara untuk mendapatkan rawatan pergigian disana. 

Untuk menulis entry tentang perubatan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak input yang harus disusun dengan hati-hati agar tidak tersalah memberi maklumat. Oleh itu, entry kali ini Bonda kongsikan tatacara atau prosidur mendapatkan rawatan diklinik Pergigian UiTM Sg Buloh. 


Perlulah anda fahami sekiranya anda bersetuju untuk mendapatkan rawatan di Klinik Pergigian UiTM Sg Buloh ini, anda haruslah faham bahawa klinik ini adalah Klinik Latihan Klinikal untuk para pelajar Fakulti Pergigian UiTM Sg Buloh. Prosidur yang dilalui berkemungkinan berbeza dengan prosidur yang anda telah lalui sebelum ini. Semua pelajar disini adalah dipantau secara berterusan untuk memastikan kualiti yang terbaik.




3 Proses Untuk Mendapatkan Rawatan Pergigian

1. Pendaftaran

  • Bagi kunjungan pertama anda diklinik ini, anda boleh datang secara 'walk-in' mengikut waktu yang telah ditetapkan.
  • Anda akan dikenakan caj pendaftaran sebanyak RM2.00 bagi pendaftaran kali pertama.
  • Dokumen yang perlu dibawa;
    • Dokumen pengenalan yang sah 
      • Kad Pengenalan
      • Passport berserta Visa yang sah bagi bukan warganegara

2. Pemeriksaan Awal (Saringan)

  • Selesai pendaftaran, anda akan menjalani pemeriksaan saringan pergigian di Klinik Primer iaitu Klinik Sapphire. 
  • Selesai rawatan sariangan, anda akan dirujuk ke klinik yang berkenaan secara temujanji.

**Perlu diingat sekiranya anda memerlukan rawatan selepas menjalani rawatan saringan, tempoh temujanji untuk anda dipanggil mungkin mengambil masa kerana permintaan yang tinggi kecuali kes kecemasan. Harap bersabar**


3. Rawatan (Temujanji)
  • Anda akan diberitahu masa dan tarikh temujanji selepas mendapat pemeriksaan. Ini bergantung kepada keperluan. 
  • Anda mempunyai pilihan samada dirawat oleh pelajar atau pakar. 

Maklumat Penting.
Tempoh menunggu untuk temujanji ini mungkin memakanmasa yang agak lama. Jika melebihi 6 bulan, sila menelefon pihak klinik untuk mengetahui status anda.


Untuk pesakit yang ingin mendapatkan rawatan ortodontik (braces), masa menunggu adalah sehingga 2 tahun ini kerana nama anda akan dimasukkan dalam 'senarai menunggu'.



Perkhidmatan yang disediakan

1. Pergigian Operatif
2. Endodontik
3. Prostodontik
4. Periodontik
5. Ortodontik
6. Pergigian Kanak-kanak
7. Pembedahan Mulut & Maksilofasial
8. Perubatan Mulut
9. Keperluan Khas
10. Pengimejan Diagnostik
11. Ujian Diagnostik Asas



Kos Rawatan






RM5.00 yuran pendaftaran setiap kali temujanji rawatan (yuran pendaftaran berbeza sekiranya anda mendapatkan rawatan dengan pakar)

Semua rawatan yang dibuat oleh pelajar adalah PERCUMA kecuali melibatkan prostetik.

Rawatan dengan pakar adalah dikenakan caj yang munasabah. 







Artikel berkaitan

Jagalah dan rawatlah gigi anda kerana ianya adalah aset paling berharga.

Semua pelajar Di Klinik Pergigian UiTM Sg Buloh adalah dibawah seliaan oleh pakar-pakar semasa melakukan prosedur atau rawatan ke atas pesakit.


Untuk keterangan lanjut sila hubungi
Faculty of Dentistry
UiTM Sungai Buloh Campus
Jalan Hospital
47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 6126 (ext : 6100/6653/6671/6108)



Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.



2 comments:

  1. alamak masa menunggu 2tahun. lama tu. pernah daftar jugak dengan hospital kerajaan masa kecik, sampai ke seduah dorg xpanggil2 sebab dorg utamakan kes gigi yang teruk. kalau kes biasa2 je dia x consider sangat n ikut nasib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo ikut semua prosidur tu xdelah sampai 2 tahun masa menunggu tu...utk ank akk yg bwt braces, hampir 1 tahun rawatan permulaan dgn student part 5 degree then terus masuk waiting list tuk braces...dari 1st rawatan sampai tukar ke braces dlm setahun...tp tu bukan tunggu saja...penuh dgn rawatan2 yg perlu...selesai baru transfer kes ke braces..

      Delete

Powered by Blogger.