Memori Apa Yang Telah Kita Tinggalkan Kepada Anak-Anak



Memori Apa Yang Telah Kita Tinggalkan Kepada Anak-Anak | Sebagai ibu bapa, terlalu banyak yang telah kita lakukan kepada anak-anak kita. Terlalu banyak yang telah kita perkatakan kepada anak-anak kita. Tanpa kita sedari, perbuatan dan perlakuan kita meninggalkan kesan mendalam kepada diri anak-anak kita.

Siapa anak-anak kita hari ini adalah hasil didikan kita masa lalu. Andai kita tinggalkan memori indah bahkan satu kenangan yang bakal diingat sepanjang hayat, maka kita akan disanjung dan diingat oleh anak-anak kita. Andainya kita hanya tinggalkan memori pahit kepada anak-anak kita, tidak mustahil satu ketika nanti anak-anak akan menjauh dan melupakan kita.

Hayatilah kata-kata yang dinukilkan untuk kita buka mata dan hati kita Memori Apa Yang Telah Kita Tinggalkan Kepada Anak-Anak.


Anak Kita,


Lebih tengking daripada puji.
Lebih pukul daripada peluk.
Lebih marah daripada belai.
Lebih rotan daripada cium.


Bila anak dah besar, 
Hanya memandang sepi telefon yang tak berdering.
Bila anak dah besar, 
Hanya merenung redup rumah yang kosong.
Bila anak dah besar, 
Hanya menatap sendu meja yang sunyi.

Anak dikata sibuk bekerja.
Anak dikata lupa orang tua.
Anak dikata pentingkan keluarga.
Sehingga abaikan ibu dan bapa.


Tapi pernah tak kita fikir memori apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak sepanjang mereka membesar? Memori yang indah atau memori yang perit?

Anak sepahkan rumah, kita marah.
Anak tumpahkan air, kita pukul.
Anak pecahkan cawan, kita rotan.
Anak menangis, kita herdik.
Anak ajak main, kita leka.
Anak ajak berbual, kita tak endah.
Anak ajak pergi jalan, kita penat.
Anak makan sendiri terkial-kial.
Anak main sendiri termangu-mangu.
Anak tidur sendiri tersedu-sedu.
Anak tak pandai, kita keji.
Anak pandai, kita tak puji.
Anak berjaya, kita tak hargai.
Anak membesar dengan memori sepi.


Antara dosa-dosa besar ialah ANAK YANG DERHAKA PADA IBU BAPA tidak boleh dijadikan status KEBAL ibu bapa untuk meletakkan semua salah atas bahu anak-anak sahaja tanpa fikir memori apa yang kita dah tinggalkan kepada mereka.

Akan terhakis perasaan sayang anak-anak kepada ibu bapa itu sedikit demi sedikit jika setiap hari dimarahi, diherdik, dipukul dan dirotan sejak dari kecil. Mereka akan bawa segala memori itu sehingga dewasa.

Bila dewasa, hanya sisa HORMAT sahaja yang akan tinggal dalam hati anak bukan curahan kasih buat ibu bapa. Anak-anak hanya menziarahi kita, salam kita, peluk kita hanya kerana HORMAT bukan kerana SAYANG kepada orang tua.

Jika memori indah, maka indahlah akhlak anak membesar.

Jika memori perit, maka peritlah hakikat yang terpaksa ditelan ibu bapa apabila anak-anak dewasa kelak.


“Untuk berada dalam memori anak pada MASA DEPAN, kita perlu berada dalam hidup anak pada MASA SEKARANG

Kekadang anak yg jadi mangsa belasahan mak dan ayah masa dia kecil lebih mengenang budi...kerana dibesarkan...walaupun tidak dibelai dan dimanja.

Cipta memori indah bersama anak sekarang, bukan tinggalkan memori perit kepada mereka pada masa akan datang....

Saidina Umar Al Khattab pernah berkata "Ibu bapa juga pernah derhaka kpd ank2 jika didikan kpd ank2 salah & tidak menepati ajaran Islam"

Kredit : Uswatun Hasanah



Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.

1 comment:

Powered by Blogger.