‘KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI’ KINI DIKENALI SEBAGAI ‘KOMPLEKS SETIA PERDANA’

‘KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI’ KINI DIKENALI SEBAGAI ‘KOMPLEKS SETIA PERDANA’ | Setelah 25 tahun menggunakan nama KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI, kini kompleks ini melalui fasa 'penjenamaan semula' dan rakyat Malaysia menyaksikan namanya ditukar  kepada KOMPLEKS SETIA PERDANA bermula 01 Februari 2020.


Ia adalah usaha di peringkat kerajaan persekutuaan untuk menjenamakan semula pejabat kementerian dan agensi kerajaan di Putrajaya, termasuk Kompleks A,B,C,D,E dan F. Penjenamaan semula ini berkuat kuasa 1 Februari ini sempena sambutan Hari Wilayah.

Sejak 25 tahun lalu tak pernah tukar. Jadi, sekarang ini kita tengah usahakan untuk ‘rebrand’ and ‘reflect’ profesionalisme jentera kerajaan dan kementerian.-JPM



Menerusi pengumuman menerusi Facebook Jabatan Perdana Menteri, satu PEMAKLUMAN PERTUKARAN NAMA ‘KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI’ KEPADA NAMA ‘KOMPLEKS SETIA PERDANA’. Dengan pengumuman ini, pada  yang ingin ingin berurusan melalui surat menyurat dengan Jabatan Perdana Menteri, ikuti pemakluman ini agar tidak tersalah tulis alamat.

Dimaklumkan, berkuatkuasa 01 Februari 2020, Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Parcel B, Putrajaya akan dikenali sebagai Kompleks Setia Perdana. Setiap bangunan di dalam Kompleks ini akan dikenali sebagai Setia Perdana 1 hingga 8, menggantikan nama Blok 1 hingga 8 yang digunakan kini.


Alamat surat menyurat kepada pihak berkaitan adalah seperti berikut:



JABATAN PERDANA MENTERI

SETIA PERDANA 1,

KOMPLEKS SETIA PERDANA

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62502 PUTRAJAYA


Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

Unit Komunikasi Korporat, 
Jabatan Perdana Menteri 
Telefon 03-8872 3438 / 3437 
atau layari laman web: www.jpm.gov.my.


Kompleks JPM Mercu Tanda PUTRAJAYA

Kompleks JPM menjadi mercu tanda kepada penubuhan PUTRAJAYA. Lokasinya yang besebelahan dengan Masjid Putra menjadikan ianya lokasi strategik tempat tumpuan pelancong domestik dan luar negara. 

Jika ke PUTRAJAYA, tidak sah jikalau tidak datang ke dataran berhadapan dengan Kompleks JPM ini dan mengabdikan photo kenang-kenangan dengan berlatarbelakangkan Kompleks JPM ini. 

Kini, ianya bakal melakar sejarah baru apabila penjenamaan semula nama kepada Kompleks Setia Perdana. Satu nama yang sangat unik untuk bangunan yang serba indah ini.

Sejarah Penubuhan PUTRAJAYA

Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999 dan ibu negara pentadbiran Malaysia.

Putrajaya adalah sebuah bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.

Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.

Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi setanding dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.

Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 bilion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.

Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Putrajaya merupakan satu bandar terancang, 25 km selatan Kuala Lumpur, yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Tapak kerajaan berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada tahun 1999, akibat kesesakan dan kepadatan di kawasan Kuala Lumpur.

Walau bagaimanapun, Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara Malaysia, menjadi tapak Raja dan Parlimen, termasuk juga pusat perdagangan dan kewangan. Putrajaya merupakan cetusan idea Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. Pada tahun 2001, Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan Malaysia yang ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan.

Dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, bandar tersebut terletak dalam Koridor Raya Multimedia, selain Cyberjaya yang baru dibangunkan. 

Dalam Sanskrit, "putra" bererti "putera" atau "anak lelaki", dan "jaya" bererti "kejayaan" atau "kemenangan". Pembangunan Putrajaya bermula sejak awal 1990-an, dan hari ini mercutanda utama telah disiapkan dan penduduk dijangka meningkat dalam tempoh terdekat.

Terima kasih kerana membaca. Anda dialu-alukan untuk tinggalkan komen dan kongsikan artikel ini untuk perkongsian ilmu. Jemput klik >>disini<< untuk follow Blog Bonda Chanteq.


9 comments:

  1. Belum pernah lagi hantar surat ke jabatan menteri memana..hehehe tapi ini info yang perlu kita tau, kot mana tau one day kita perlukannya..makaseh Bonda..

    ReplyDelete
  2. tq for sharing. kena ambil port la pertukaran alamat ni bagi mereka yg berkaitan

    ReplyDelete
  3. Wah, semua blok dah ada nama baru?

    ReplyDelete
  4. I see baru tahu dah tukar nama ke Kompleks Setia Perdana. Harap lepas ni nama dalam waze pun berubah sama kalau tak confuse nanti orang nak menuju arah hee

    ReplyDelete
  5. Dah tukar? This is a great information which you can't find at any blog.

    ReplyDelete
  6. Wah, kenapa di tukar nama yang baru? sebab perubahan Pentadbiran Kerajan Baharu ka? Jika ia baik di sisi rakyat. Teruskan berkhidmat demi rakyat tercinta/

    ReplyDelete
  7. Wah dah tukar nama la.. Lebh sedap didengar. Lpas nie da xde kdgaran lagila nama kompleks jabatan perdana mentri.. Tggal kenangan..

    ReplyDelete
  8. Nama terbaru macam pelik je.. Hehehe.. Tapi takpela.. Aslkna dh diberitahu.. Jangan orang confuse nanti sudhla.. Tak pernh lagi nak hantar surat dekat sini

    ReplyDelete
  9. Sesiapa yang ada berurusan dengan Jabatan Perdana Menteri kena alert la dengan info ni kan. kang tak pepasal semua surat menyurat tak sampai.. hehe. Anyway thanks for info. Saya pun baru tahu pasal penukaran nama ni

    ReplyDelete

Powered by Blogger.