CARA MUDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN DENGAN MyPTPTN | Terdengar berita di tv tentang PTPTN dah lancarkan aplikasi 'MyPTPTN' untuk memudahkan semua peminjam-peminjam pembelajaran membuat bayaran balik pinjaman belajar anda.

Bonda kongsikan CARA MUDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN DENGAN MyPTPTN. Dah tak perlu susah-susah nak ke kaunter bayaran lagi lepas ni.

1. Download MyPTPTN dari App Store / Google play store



2. Daftar sebagai pengguna - klik daftar sekarang untuk log masuk. Masukkan butir-butir peribadi anda dan masukkan password anda, frasa dan ikon keselamatan dan klik seterusnya. Siap isi semua makulmat peribadi, klik selesai. Anda akan menerima email pengesahan.





3. Setelah membuat pengesahan melalui email, anda dikehendakki untuk memuat naik kad pengenalan anda depan dan belakang dan ikuti langkah hingga selesai dan anda dibenarkan untuk log in.





4.  Selesai membuat pendaftaran dan semua varifikasi , anda sudah boleh membuat bayaran pinjaman melalui MyPTPTN apps. Anda ada 2 pilihan.



a. Bayaran melalui online banking.





b. Sekiranya bank anda tidak tersenarai dalam bayaran online, anda boleh buat bayaran menggunakan credit card ataupun debit card.



Semoga bermanfaat kepada pembaca sekalian.