Mengapakah Malam Nisfu Sya'ban Begitu Istimewa? | MALAM NISFU SYA’ABAN 17MAC & 18 MAC 2022 - Nisfu bermaksud separuh. Nisfu Syaaban pula bermaksud separuh daripada Bulan Sya'ban,  malam Nisfu Sya'ban jatuh pada hari Khamis bersamaan 17/3/2022 bermula selepas Maghrib.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas Lailatul Qadar.

"Malam Nisfu Sya'ban adalah hari di mana buku catatan amalan orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru".

Malam Khamis ini jangan lepaskan peluang minta apa saja hajat kita. 

Malam Nisfu Syaaban; Allah mendengar doa kita tanpa hijab, malaikat turun ke langit dunia. Mencari siapa yg byk dosa, melihat siapa yg mohon rezeki, mendengar rintihan org yg ditimpa musibah. Oleh itu ...


1- siapa yg byk dosa; minta ampun

2- siapa yg rezeki sempit; minta rezeki

3- siapa yg ditimpa musibah; mohon dipermudahkan urusan


🌷Kerana.. pada malam itu Allah melihat dan mencari para pendosa yg mohon taubat.

🌷Kembalilah kepada Allah dalam keadaan sudah bertaubat dan Allah redha dgn kita.

🌷Waktu akhir zaman banyak kematian mengejut.

🌷Malam yang dikabulkan segala doa.

🌷Tawaran hebat pada malam nisfu sya'ban iaitu diampunkan dosa walaupun sebanyak bulu2 dibadan kambing.

🌷Payahnya kita nak bertaubat sbb terbeban dgn banyaknya dosa. 

🌷Bermula maghrib ptg 14 syaaban hingga subuh 15 syaaban. Bersamaan maghrib khamis 17hb mac hingga subuh jumaat 18hb Mac.


Utk sahabat semua saya nukilkan.

MALAM NISHFU SYA'BAN insya Allah akan jatuh mulai ba'da maghrib pada hari khamis 17 mac 2022,pada malam ke 15 bulan Sya'ban.

Dianjurkan :

1. Membaca SURAT YASSIN sebanyak tiga (3)x.

👉Surat Yassin yang pertama dibaca utk memohon panjang umur dan ketaatan/ketaqwaan serta dapat istiqomah kepada Allah SWT.

👉Surat Yassin yang kedua dibaca utk memohon diluaskan rezeki yg halal dan menolak bala.

👉Surat Yassin yang ketiga dibaca untuk memohon ditetapkan Iman Islam sampai akhir hayat.


2. Berdoa secara KHUSYUK meminta apa2 yang tersirat dalam hati, karena Malam Nishfu Sya'ban adalah MALAM yang sangat IJABAH utk dikabulkannya semua doa2 dan hajat2 yang diinginkan.


Bila disebarkan, maka Anda akan membuat beribu-ribu manusia berdzikir kepada Allah SWT.

Aamiin, Aamiin, Aamiin. Yaa Rabbal Aalamiin.


Dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw:


قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.


Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda:

Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.  - (Riwayat Ibnu Majah)


Mengapakah malam Nisfu Sya'ban begitu istimewa?

Banyak kelebihan malam Nisfu Sya'ban, antaranya malam ini adalah terbukanya pintu langit dan malam dimakbulkan doa.

Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan kepada Nabi ﷺ sebagai sunnah untuk diamalkan pada malam Nisfu Sya'ban.

Tetapi dalam masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya.

Oleh itu, hidupkanlah malam Nisfu sya'ban dengan beribadah seperti solat sunat tasbih, membaca Al-Quran, berzikir, selawat, dan berdoa.


Sabda Rasulullah ﷺ  yang bermaksud: 

“Apabila tiba pada malam Nisfu Sya'ban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadah) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah سبحانه و تعالى turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. 


Allah سبحانه و تعالى berfirman:

“Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” - [Hadis Riwayat Ibnu Majah]


🌹🕌 Puasa Ayyamul Bidh Syaaban (Hari Putih) : 🕌🌹

🍃 Rabu, 16 Mac 2022

13 Syaaban 1443H 

🍃 Khamis, 17 Mac 2022

14 Syaaban 1443 H

🍃 Jumaat, 18 Mac 2022

15 Syaaban 1443 H


Sebarkanlah, tidak tahu siapa yang akan berpuasa kerana ingatan kamu, maka akan dicatat sebagai timbangan kebaikanmu. In Sha Allah..Aamiin..


#NisfuSyaaban

Sumber: Group Whatsapp