Muslim Care Bantu Sampaikan Waqaf Kami Sekeluarga! Belum pernah kami sekeluarga dengar NGO ini. Tapi itulah, rezeki Allah jumpakan kami sekeluarga dengan wakil mereka untuk kami sumbangkan beberapa barangan milik arwah kakak sulongku.

Iklan di FB untuk waqafkan katil hospital milik along

Beberapa bulan selepas kakak sulungku meninggal dunia, aku iklankan di FB untuk waqafkan katil hospital milik along. Pencarian demi pencarian mereka yang benar-benar memerlukan aku teliti. Ramai juga yang bertanyakan tentang katil tersebut. 

Ada yang kulihat background mereka gaya orang senang. Ku simpan dulu. Mungkin ada lagi yang lebih susah dari mereka. Sehinggalah tiba-tiba aku dapat mesej dia FB dari sahabat yang kukenali di alam maya.

"Salam kak. Boleh mesej saya di no 01x-xxx xxxx". Tika itu, Allah jentik hatiku untuk terus mesej sahabat berkenaan.

"Salam Han, Kak Zayn ni". Tegurku di Whatsapp.

"Wa'alaikummussalam kak. Saya nak tanya tentang katil pesakit tu. Masih ada lagi tak? Kalau ada, saya nak mintak untuk suami stroke" ujarnya.

"Ada lagi" jawabku. Lalu dia menceritakan keadaan suaminya yang diserang stroke kesan jatuh di bilik  air mengakibatkan bengkak otak dan beliau dalam keadaan sangat sakit.

"Han location kt mana? Boleh ambil di Bukit Antarabangsa tak" balasku

"Saya di Johor kak. Inshaallah adik saya boleh tolong." ujarnya.

"Apa punca suami Han stroke?" tanyaku

"Tekanan darah terlalu tinggi. Saluran darah pecah". balasnya. 

Allahuakbar! Aku faham sangat kesulitan yang dialami sahabat ini kerna aku juga pernah berada ditempatnya berjuang untuk menjaga arwah suamiku ketika kritikal di hospital 2 tahun lalu.


Muslim Care Bantu Sampaikan Sedekah Kami Sekeluarga!

Sementelah dapat sahaja nombor person incharge, aku segera menghubungi En. Saiful dari Muslim Care dan arrangement untuk pengambilan katil dimulakan.

Rentetan itu, masa yang dijanjikan tiba. Pengambilan katil hospital tersebut telah diuruskan oleh pihak Muslim Care iaitu sebuah NGO yang berpengkalan di Selayang Selangor. Alhamdulillah. 

Sementara menyediakan aksesori katil, aku terpandang wheelchair along yang ada disudut meja makan. Tergerak hati untuk bertanya abang ipar jika dia juga ingin waqafkan wheelchair along.

"Wheelchair along ni nk waqafkan tak?" tanyaku

"Bagi sekali" ringkas jawab abang iparku. Alhamdulillah, Allah lorong rezeki untukmu sahabat.

Hasrat kami sekeluarga telah tertunai. Pihak Muslim Care telah membantu untuk membawa katil dan kerusi roda milik along ke Kluang, Johor untuk disampaikan kepada sahabat yang memerlukan. 

Memang sudah menjadi rezeki Han untuk kuberikan katil along tu. Ramai juga yang bertanya tentang katil tu. Tapi hati ni tidak terbuka untuk mereka. Rupa-rupanya, Allah nak berikannya pada Han sekeluarga.


Along sempat guna katilnya hanya untuk 4 hari.

Ya! Hanya untuk 4 hari sahaja along sempat menggunakan katil tersebut sebelum dia dikejarkan ke hospital dengan ambulan apabila terlalu lemah akibat Kanser Ovari tahap 4 yang doktor confirmkan pada November 2021. 

31/12/2022 along dimasukkan ke Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur. 8/1/2022 along pergi menemui penciptanya sehari sebelu tarikh lahirnya yang ke 48 iaitu 9/1/2022.


Latar Belakang Muslim Care

Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah bergerak sebagai sebuah organisasi dengan fokus utama iaitu dakwah, perubatan, kebajikan dan pendidikan sejak tahun 2006. Bermula dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996, dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-23062006, kini MCM mempunyai rangkaian di seluruh dunia iaitu di Turki, United Kingdom, Poland, Austria, Palestin, Syria, Yaman, Bangladesh, Nigeria, Chad, Myanmar, Mesir, Indonesia dan Kemboja.

Terima kasih Muslim Care telah membantu mempermudahkan urusan waqaf kami ini. Sanggup menghantar dari KL ke Kluang, Johor. Semoga pahala sedekah ini mengalir terus kepada arwah along dan arwah suamiku. Semoga sumbangan kecil ini menjadi asbab along dan suamiku ke syurga Allah.

Marilah kita sama-sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan. Pada sesiapa yang ingin menderma sama ada wang ringgit atau barangan, boleh hubungi Muslim Care Malaysia seperti berikut: 

No 11, Jalan Binjai 1A,
Sungai Tua Tanah Gantian,
68100 Batu Caves, Selangor

Tel: +601150050035 (Hotline)
E-Mail: muslimcaremalaysiasociety@gmail.com
office@muslimcaremalaysia.my


Encik Saiful Kareem bin Ariffin & Encik Hamdan bin Salleh: wakil Muslim Care Malaysia




Pemasangan katil oleh wakil Muslim Care Malaysia