Zakat Melaka - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Terima RM180,000 Zakat Korporat 2022 Dari McDonald's Malaysia | Pada 17 Mei 2022 yang lalu, Penyerahan Zakat Korporat McDonald’s Malaysia @ Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd. kepada Zakat Melaka - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjumlah RM180,000 bagi tahun 2022 dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh kakitangan McDonald’s Malaysia, Zakat Melaka - MAIM, kakitangan Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah, dan juga pihak  media.

 


 

Majlis ini disempurnakan oleh En. Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia dengan menyerahkan mock cek bernilai RM180,000.00 kepada YBhg. Datuk Haji Ibrahim bin Haji Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Melaka sebagai simbolik pembayaran zakat berkenaan. Turut hadir di majlis ini adalah Pn. Shakina binti Mohd Said, Ketua Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam Melaka dan Pn. Arina Saffura binti Alim, Ketua Seksyen Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Melaka.



Zakat korporat ini adalah sebagai sumbangan McDonald’s Malaysia kembali kepada golongan asnaf dan yang memerlukan di seluruh negeri Melaka. Ianya merupakan jumlah tertinggi yang dibayar kepada Zakat Melaka sejak McDonald’s Malaysia mula membayar zakat korporat pada tahun 2017. Melaka merupakan negeri keenam Pembayaran Zakat korporat bagi McDonald’s Malaysia untuk tahun 2022. McDonald’s Malaysia, yang dimiliki oleh pelabur Islam, komited melaksanakan tanggungjawabnya untuk membayar zakat korporat seperti yang disyari’atkan oleh Agama Islam.

 

 


Lafaz Ijab Bagi Penyerahan Zakat Perniagaan telah disempurnakan oleh Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia dan Lafaz Qabul Bagi Penerimaan Zakat telah diterima oleh YBhg. Datuk Haji Ibrahim bin Haji Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Zakat Melaka Majlis Agama Islam Melaka


Sehingga 2022, McDonald’s Malaysia bakal membayar sejumlah RM9.85 juta zakat perniagaan bagi keseluruhan negeri di Malaysia. McDonald’s Malaysia sentiasa menerapkan nilai-nilai positif dengan menyumbang kembali kepada masyarakat sekitar lokasi dimana ia beroperasi di seluruh negara.



Pada majlis ini, McDonald’s Malaysia juga mengadakan sambutan Hari Raya bagi meraikan 50 anak-anak yatim yang menetap di Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah. Di majlis yang meriah ini, McDonald’s juga mengagih duit raya kepada mereka.


Pemberian duit raya kepada anak-anak yatim Kompleks

Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah



 

 

Objektif majlis penyerahan zakat ini diadakan untuk menandakan komitmen McDonald’s Malaysia dalam  memenuhi tanggungjawabnya untuk membayar zakat korporat tahunan sebagai sebuah syarikat milik pelabur Islam. Disamping itu, McDonald’s Malaysia adalah sebuah organisasi yang sentiasa prihatin terhadap nasib keluarga asnaf dan golongan yatim piatu.


 

Terima kasih dan tahniah kepada McDonald’s Malaysia kerana menjalankan tanggungjawab membayar zakat dalam memperkasakan ummah.