Blog Bonda Chanteq adalah sebuah blog peribadi dengan perkongsian penulisan penulis berkisar tentang pengalaman diri sendiri, persekitaran dan kehidupan.


Hai Assalammualaikum semua. Terima kasih kepada semua pembaca  https://www.bondachanteq.com/ yang setia dari mula blog ini ditubuhkan. Semakin hari semakin meningkat bilangan pembaca blog Bonda. Sekali lagi Bonda ucapkan jutaan terima kasih kepada yang sudi membaca blog Bonda Chanteq. Jom Bonda kongsikan serba sedikit sejarah permulaan berblogging ini.

Bagaimana boleh terlibat dengan blogging? Pernah berkhidmat sebagai PR media di sebuah institusi pelancongan dan mempunyai rakan-rakan bloggers menjadikan minat untuk mempunyai sebuah blog tercetus. 

Dalam mencari nama yang sesuai untuk blog ini, maka tercetuslah idea untuk menggunakan nama 'Bonda Chanteq'. Macam mana boleh terhasilnya nama unik ini?.... Hahahahha....

Perkataan Bonda tu sempena anak-anak buah sememangnya memanggil dengan panggilan 'Bonda' kerana En. Suami Bonda seorang Ayahanda dari sebuah pertubuhan, jadi dari situlah tercetusnya idea menggunakan nama Bonda. Chanteq pula hanya gabungan nama sahaja. Kiranya nama yang sesuai digabungkan dengan panggil 'Bonda' tu berbanding nama-nama lain. 

Minat menulis sudahpun lama ada, cuma tidak mendapat platform yang betul. Setelah diperkenalkan dengan dunia blogging ni, minat menulis yang selama ni tersimpan dapatlah direalisasikan. 

Latar belakang pendidikan, Bonda merupakan seorang Graduan Master dari Uitm, surirumah sepenuh masa, mempunyai seorang anak lelaki berusia 21 tahun yang meminati bidang photography. Suami seorang penjawat awam dalam bidang Syariah dan keluarga kecil kami hanya bertiga sahaja. Bonda, Ayahanda dan kesyangan hero yang kian meningkat dewasa. Semakin tualah Bonda. 

Kalau anda semua nak tahu, kartun logo Bonda Chanteq itu adalah cetusan idea anak bujang Bonda. Kartun mirip mama nya yang slim melim comel loteh ni.

Bonda mempunyai 5 adik beradik, Bonda anak ketiga yang banyak mewarisi sifat-sifat ibunda yang suka memasak, menjahit, membuat kuih dan lain-lain. Masa lapang Bonda diisi dengan aktiviti-aktiviti yang sememangnya mengeyangkan perut. Apa lagi, aktiviti makanlah.

Melalui blog ini, Bonda kongsikan pengalaman yang dilalui samada dari rakan-rakan, ahli keluarga mahupun diri sendiri sebagai perkongsian. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita. Yang baik dijadikan tauladan, yang kurang elok kita jadikan sempadan.

Sampai disini perkongsian dari Bonda ketika ini. Terima kasih diucapkan kepada keluarga, mak, suami, anak dan adik beradik yang selalu memberi sokongan untuk menulis pelbagai topik didalam blog ini. 

Terima kasih pada rakan-rakan blogger yang sering memberikan semangat dan membantu sepanjang berblogging ini. Dan terima kasih kepada semua PEMBACA blog Bonda Chanteq yang sudi singgah di blog ini. Diharap anda semua mendapat manfaat dan ilmu dari pembacaan ini. 


Jom jadi follower blog Bonda Chanteq >>klik sini<< untuk mengikuti entry-entry terkini.

Terima kasih.